Sinusitis menjadi antara punca Lee Zii Jia terpaksa menarik diri dari final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) semalam.

Ini mewujudkan persoalan adakah tahap kesihatan pemain tidak diperiksa sebaik mungkin sebelum kejohanan bermula?

Timbul juga pelbagai spekulasi tentang pemilihan pemain negara di kejohanan yang melabuhkan tirainya.

Adakah skuad negara terlalu awal mengangkat bendera putih dengan barisan yang tersedia?

"Saya tak dapat bernafas, kalau keadaan mengizinkan saya akan tetap beraksi.

"Pasukan akan terus memantau keadaan saya," terang Zii Jia semalam.


Ketiadaannya menyebabkan skuad lelaki negara pincang untuk mempertahankan kejuaraan apabila tunduk 0-3 kepada China di Setia City Convention Centre, Shah Alam semalam.

"Selepas bertemu Jepun, dia cuba mendapatkan rehat tapi sehari selepas itu sinusnya semakin teruk dan dia tidak dapat berlatih.

"Dia tidak begitu cergas untuk bertemu China.

"Dan walaupun dia memerlukan seminggu untuk pemulihan atas saranan doktor, dia berasa boleh turun berdepan Jepun tapi selepas itu, dia tidak dapat meneruskan aksi bertemu China," katanya Pengurus Team LZJ, Lee Zii Yii, semalam.