An Se-young yang membuat penampilan pertamanya sejak memenangi pingat emas perseorangan wanita Sukan Olimpik Paris, Ogos lalu, mencetuskan perbualan dalam kalangan peminat.

Adegannya mengabaikan jurulatihnya ketika menentang Ratchanok Intanon yang menyaksikannya mengalahkan Intanon 17-21, 21-18 21-14.

Sikap dinginnya terhadap jurulatihnya berlaku selepas dia membuat kenyataan mengejutkan mengenai Persatuan Badminton Korea Selatan (BKA) sejurus merangkul kejuaraan Olimpik.

Dia juga mendedahkan kecederaannya yang kerap membelenggu tidak diurus dengan baik dan dipaksa melakukan kerja kerja seperti membetulkan tali raket, membersihkan bilik dan mencuci pakaian pemain senior.

Malah, BKA mewajibkan yang menuntut bintang Korea Selatan memilih kasut hanya daripada jenama yang menaja persatuan itu dan menyebabkan kakinya melecet hingga menjejaskan prestasinya.

Kenyataan dan bukti yang diberikan Se-young menyebabkan Kementerian Kebudayaan Sukan dan Pelancongan Korea melakukan siasatan terhadap badan induk itu.