Beregu campuran negara, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien, menepati ramalan selaku pilihan kedua kejohanan dengan menewaskan pencabar dari Amerika Syarikat, Presley Smith-Jennie Gai, 21-17 15-21, 21-10 untuk menempah tiket separuh akhir Kejohanan Badminton Malaysia Super 100 2024 di Stadium Juara, Bukit Kiara, hari ini.

Tien Ci mengakui pemikirannya agak terganggu dalam set kedua menyebabkan berlakunya beberapa kesilapan mudah untuk mengheret permainan ke set penentuan.

"Saya banyak melakukan kesilapan.

"Saya agak tergesa-gesa dan terlalu banyak memikirkan hingga membuatkan tahap keyakinan saya menurunkan," kata di Nadi Arena sebentar tadi.

Sementara itu, Chiew Sien tetap merendah diri menjelang perlawanan separuh akhir apabila dijadual berdepan pilihan ketiga kejohanan dari Jepun, Yuichi Shimogami-Sayaka Hobara.

"Kami mahu naik podium dan kalau boleh kami mahu bergelar juara.

"Jadi kalau perlu beraksi di tahap yang lebih baik lagi," katanya.