Majlis Sukan Negara membuat penyelarasan baru skim elaun latihan atlet kebangsaan bermula bulan ini.

Peningkatan skim elaun tersebut hanya melibatkan atlet Program Podium -- merangkumi tujuh peringkat elaun yang berbeza, bermula dari peringkat pelapis kebangsaan sehingga ke Sukan Olimpik.

Elaun baharu atlet Program Podium merupakan inisiatif berterusan pelbagai pihak khususnya Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Paling mencuri tumpuan, atlet Program Podium itu turut disertakan klausa caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

Situasi itu ternyata menggembirakan atlet negara biarpun belum ada pengumuman rasmi setakat ini.