"Bukan nak minta banyak."

Demikian luahan beberapa jurulatih di peringkat kebangsaan dalam tinjuan Astro Arena di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil.

Mereka memohon agar elaun jurulatih dikaji semula, sesuai dengan situasi era ini.

"Sebagai seorang guru, dipinjamkan dan diberi elaun. Alhamdulillah, setakat ini berbaloi.

"Tapi untuk jurulatih sepenuh masa dan mempunyai komitmen berkeluarga perlu dilihat semula -- adakah yang berbaloi," kata olimpian negara, Roslinda Samsu.


Dalam masa sama, bekas jaguh pecut, Nor Herman Majid, menyuarakan pengalaman yang dicurahkan jurulatih juga merupakan satu tambah nilai yang sukar dicari ganti.

"Bukan setakat di atas kertas sahaja. Tapi daripada segi pengalaman mereka yang juga penting.

"Harapan saya kepada pihak tertentu agar (gaji) dinilai balik," katanya.

Menurut jurulatih angkat berat, Edmund Yeo: "Gaji adalah berdasarkan kelayakan."