Pengumuman Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menerusi Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan semalam mendapatkan sambutan baik warga sukan negara, dengan adanya caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada atlet yang berada di bawah Program Podium.

Selain peningkatan gaji asas bermula RM1,500 sebulan dan paling mencuri tumpuan, caruman KWSP dan PERKESO yang disifatkan sebagai simpanan untuk kehidupan atlet selepas mereka bersara, dan langkah tersebut mendapat maklum balas positif.

Di sebalik langkah itu, tercetus hasil daripada perbincangan sesi town hall yang diadakan sebaik Hannah menjadi Menteri Belia dan Sukan tahun lalu.