Majlis Sukan Negara (MSN) tidak pernah berkompromi dan melindungi mana-mana jurulatih, atlet ataupun pegawai yang terbabit dengan isu salah laku dalam program latihan MSN dan bersedia mengambil tindakan tegas, termasuk penamatan kontrak dengan serta merta jika ada yang didapati bersalah.
MSN, menerusi Jawatankuasa Salah Laku Dalam Sukan, ketika ini juga sedang menjalankan siasatan dakwaan salah laku seksual seorang jurulatih renang para terhadap atlet di bawah jagaannya, yang dilaporkan di media massa.
Pegawai pelindung sukan yang diberi kuasa di bawah Kod Sukan Selamat juga telah mengambil langkah-langkah perlu untuk melaksanakan siasatan berkenaan.
Dakwaan salah laku itu diterima MSN pada minggu lalu dan jawatankuasanya telah memulakan siasatan dengan segera termasuk menyiasat pihak-pihak yang berkaitan.
Kerjasama penuh juga diberikan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), yang telah membuka kertas siasatan, termasuk mencari cara tindakan yang mesra dan melindungi privasi atlet terlibat.
Sepanjang tempoh siasatan, MSN memohon kerjasama pihak media dan masyarakat umum supaya tidak mencetuskan sebarang spekulasi ataupun menyebarkan maklumat tidak tepat bagi menjaga kebajikan atlet selain mengelak daripada persepsi negatif yang mampu menjejaskan proses siasatan.
Perlu juga ditegaskan bahawa MSN tidak pernah menerima laporan ataupun aduan daripada mana-mana atlet para mengenai salah laku seksual oleh jurulatih sebelum aduan terbaru itu dan dakwaan bahawa MSN cuba menutup atau tidak mengendahkan laporan yang pernah dibuat adalah tidak berasas sama sekali.
MSN menjulang dan menguatkuasakan semua peraturan dalam Kod Sukan Selamat dan sentiasa berusaha mewujudkan persekitaran selamat kepada semua atlet yang mengikuti program latihan kendalian MSN.
Langkah-langkah komprehensif menjaga keselamatan dan kebajikan atlet-atlet para di bawah Program MSN turut dititik beratkan, termasuk mewajibkan pegawai pengiring untuk atlet-atlet yang bertanding di pelbagai kejohanan di luar negara bermula tahun lalu.
Muzaffar Musa
Tue Feb 27 2024
Kapas Marang Swimathon 2024 tawar acara renang laut terbuka patuh syariah pertama!
Kejohanan anjuran Kerajaan Negeri Terengganu dengan kerjasama Pesuruhjaya Sukan Malaysia serta beberapa agensi lain itu bakal menyajikan cabaran renangan laut bebas bermula dari Pulau Kapas sehingga ke Pantai Kelulut, Marang sejauh 6.5 kilometer.
Juara Sukan Olimpik dari Singapura, Joseph Schooling umum persaraan
Pemenang pingat emas tunggal Singapura, Joseph Schooling, mengumumkan persaraan daripada dunia sukan renang kompetitif.
RTG: Pandelela, Nur Dhabitah gugur -- tranformasi sukan terjun, renang
Datuk Pandelela Rinong dan Nur Dhabitah Sabri digugurkan daripada Program Road to Gold (RTG) 2024 berikutan kegagalan mereka untuk layak ke Sukan Olimpik Paris.
MSN tidak berkompromi isu salah laku seksual
Majlis Sukan Negara (MSN) tidak pernah berkompromi dan melindungi mana-mana jurulatih, atlet ataupun pegawai yang terbabit dengan isu salah laku dalam program latihan MSN dan bersedia mengambil tindakan tegas, termasuk penamatan kontrak dengan serta merta jika ada yang didapati bersalah.
Penampilan semula Welson Sim
Welson Sim antara perenang senior bakal buat penampilan semula di pentas antarabangsa.
Pan Zhanle pecah rekod dunia renang 100m Gaya Bebas Lelaki
Susulan aksi hambar skuad terjun negara di Kejohanan Akuatik Dunia, Doha, mungkin kita boleh tumpang gembira dengan kejayaan perenang dari China yang berjaya pecah rekod dunia
Skuad renang mahu pecah dominasi
Selepas 26 jam tiba di Malaysia, Pengarah Teknikal Baru Renang, Megan Oesting, bahawa dia sudah melewati dua sesi latihan bersama perenang negara.
Paris 2024: Skuad renang tekad bangkit buru slot kelayakan
Susulan kegagalan meraih sebarang pingat dalam temasya Sukan Asia Hangzhou, skuad renang kini beralih fokus untuk kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 yang bakal berlangsung tahun hadapan.
Sukan Asia Hangzhou: 0.31 saat pisahkan Hoe Yean akhiri penantian pingat
'Saya berasa sangat marah', itulah perasaan yang bermain di fikiran perenang negara, Khiew Hoe Yean selepas hanya dipisahkan 0.31 saat dengan kedudukan podium pada penampilan sulungnya di Sukan Asia Hangzhou.
Sukan Asia Hangzhou: Tiada rekod baru daripada kuartet renang 4x200 meter gaya bebas lelaki
Hasrat kuartet renang 4x200 meter gaya bebas lelaki untuk memecahkan rekod kebangsaan tidak kesampaian apabila sekadar menamatkan saingan akhir Sukan Asia Hangzhou di tempat kelima dengan catatan masa 7:22.08s.
Giroud leaving Milan to join MLS at end of season
After three years in Milan, Olivier Giroud's playing career in Europe is coming to an end as he sets his sights on the MLS.
Bronny James medically cleared to play in NBA
The son of NBA all-time leading scorer LeBron James played one season at USC after suffering cardiac arrest last summer.
Swiatek passes Kerber test to reach Italian Open quarter-finals
Swiatek passes Kerber test in Rome
Madrid will use LaLiga run-in to prepare for Champions League final - Ancelotti
Ancelotti preparing for UCL final
Guardiola: Time for Man City's Tottenham hoodoo to end
Guardiola: Time to end Spurs hoodoo
Spurs will not 'roll out red carpet' for Man City - Postecoglou
Postecoglou: Spurs ready for City
Miedema to leave Arsenal at end of season
Miedema to leave Arsenal
Southgate: Man United speculation 'a complete irrelevance'
Southgate: Man Utd talk irrelevant
Iraola signs 12-month contract extension with Bournemouth
Andoni Iraola was under pressure after a slow start at Bournemouth, but a stunning turnaround put him in Manager of the Season contention.
Osaka sees encouraging Italian Open run halted by Zheng in last 16
Osaka beaten by Zheng in Rome