Setiap pemain Negeri Sembilan FC perlu mengambil pengajaran ketika tewas 0-4 kepada Selangor FC dalam aksi Liga Super 2024/25 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 26 Mei lalu.

Malah tegas pengendali skuad Rusa, Azzmi Ab Aziz, adalah penting skuad Hoben Jang Hoben tidak lagi mengulangi kesilapan sama apabila kedua-dua pasukan sekali lagi berentap dalam Pusingan 16 Piala FA di Stadium MBPJ petang ini.

Jelas Azzmi, pasukan pelawat akhirnya dihukum akibat kelekaan separuh masa kedua selepas berjaya mengekang anak buah Nidzam Jamil sepanjang tempoh 45 minit pertama selain memiliki dua percubaan gagal diterjemahkan dalam bentuk jaringan.

“Pentas Pusingan 16 kali ini pula melibatkan perlawanan kalah mati, jadi perlawanan pastinya sengit kerana kedua-dua pasukan mahu mara ke suku akhir.

“CumanyPiala FA: Jang jangan leka lagi di Petaling Jaya -- Azzmi

“Cumanya kita dapat berdepan Selangor FC buat kali kedua di laman sama musim ini yang telah pun mengetahui corak yang akan diperagakan lawan masing-masing.

“Kita telah pun melakukan beberapa penambahbaikan dengan memperkukuhkan bahagian yang terdapat kelemahan dalam perlawanan terakhir sebelum ini.

“Saya percaya pemain-pemain yang diberikan tanggungjawab mampu melaksanakannya sebaik mungkin, dan paling penting belajar dari pengalaman sebelum ini,” katanya. -Sinar
a kita dapat berdepan Selangor FC buat kali kedua di laman sama musim ini yang telah pun mengetahui corak yang akan diperagakan lawan masing-masing.