Aidil Sahrin Sahak menganggap faktor kepenatan lawan sebagai kelebihan yang minimal tatkala Bali United memiliki kredibiliti tersendiri berlandaskan barisan pemain yang dimiliki skuad bimbingan Stefano Cugurra itu.
Juara liga satu musim lalu itu berdepan dengan masalah kepenatan berikutan baru pulang daripada menjalani kempen pra-musim, tiga hari lalu.
Lazimnya, laungan dan sorakan penyokong Bali United itu sendiri di Stadium Kapten I Wayan Dipta pastinya akan menyemarakkan semangat mereka dalam pertembungan Kumpulan G.
Jika ia menjadi kegerunan sesetengah pasukan, Aidil Sahrin sebaliknya berasakan situasi itu lebih membakar semangat pemainnya.
"Pemain saya pernah mengharungi perlawanan yang dipenuhi penyokong baik di tempat sendiri dan lawan.
"Saya harap mereka dapat menikmati suasana perlawanan bola sepak di Bali.
"Mereka mempunyai pemain yang boleh ditukarkan, kami cuma perlu fokus kepada kekuatan sendiri dan ambil kesempatan apabila Bali kelesuan dalam babak kedua.
"Tetapi dalam bola sepak apa jua boleh berlaku. Pasukan yang beraksi baik dan berikan 100 peratus akan meraih hasilnya," kata pengendali Lang Merah itu dalam sidang media pra-perlawanan.
Dalam masa sama, pertahanan Kedah Darul Aman, Akmal Zahir, pula tidak mengambil mudah kelebihan Bali di tempat sendiri.
Malah, pertahanan tengah yang baru dipancing itu sudah bersedia untuk mematahkan asakan lawan.
"Bali pasukan yang kuat dan pernah dua kali menjuarai Liga Indonesia.
"Kami telah buat analisis tentang kekuatan Bali dan harap dapat laksanakannya esok," katanya.
Shaiful Shamsudin
Thu Jun 23 2022
Piala AFC: Lang Merah perlu ambil kesempatan kepenatan Bali United
Aidil Sahrin Sahak menganggap faktor kepenatan lawan sebagai kelebihan yang minimal tatkala Bali United memiliki kredibiliti tersendiri berlandaskan barisan pemain yang dimiliki skuad bimbingan Stefano Cugurra itu.
Piala Belia: Kedah belum mahu gunakan Akhyar
Skuad bawah 19 tahun Kedah 'simpan kuku' apabila jurulatihnya, Mohamad Ramlee, mengesahkan khidmat bintang muda skuad Lang Merah, Akhyar Rashid, tidak akan digunakan untuk menentang Sekolah Sukan Malaysia Pahang (SSMP) B-17 dalam perlawanan akhir pertama Piala Belia di Stadium UiTM, esok.
Piala FA: Sandro punya hajat besar bersama Lang Merah
"Saya mahu mencipta sejarah buat Kedah." Itu reaksi pemain tengah import Kedah, Sandro Da Silva, yang tidak mahu melepaskan peluang mencipta kejayaan di pentas perlawanan akhir Piala FA, Sabtu ini.
Nidzam sedia jadi jurulatih Kedah
Selepas membawa Kedah mara ke pentas akhir Piala FA, Muhammad Nidzam Adzha berkongsi kesediaannya untuk dilantik sebagai jurulatih jika mendapat kepercayaan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA).
Piala FA: Lang Merah terbang tinggi
Kedah mengesahkan slot ke final Piala FA selepas mudah mengatasi Terengganu 3-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi, sekaligus mara dengan agregat 4-0.
Kehilangan tonggak utama tidak gugat Lang Merah
Kedah hampir pasti turun tanpa dua nadi benteng pasukan, Zach Anderson dan Mohd Ifwat Akmal Che Kassim, akibat kecederaan namun dua pemain yang bakal menjadi pengganti, Syawal Nordin dan Abdul Hadi Hamid, sudah bersedia menyekat Terengganu dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA di Kuala Terengganu, malam ini.
Syazwan: Kedah perlu kekalkan rentak di Kuala Terengganu
Sekali pun sekadar menang tipis 1-0, Kedah tetap tersenyum puas kerana Terengganu gagal meraih jaringan di laman lawan yang mungkin memberikan mereka sedikit kelebihan menjelang separuh akhir kedua Piala FA.
Cheng Hoe tiada lagi dalam kem Kedah
Biarpun bakal berdepan Terengganu di pentas separuh akhir pertama Piala FA, esok, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membuat keputusan mengejut dengan melepaskan ketua jurulatih, Tan Cheng Hoe, dan peranan sebagai ketua jurulatih kini digalas oleh pembantunya, Nidzam Adzha Yusoff, buat sementara waktu.
Lang Merah mula temui sentuhan sebenar -- Cheng Hoe
Wajah sugul pengendali Kedah, Tan Cheng Hoe, gagal disembunyikan selepas hasrat membawa pulang tiga mata gagal dilaksanakan malam tadi selepas pertembungan dengan Perak berkesudahan seri 1-1.
Lang Merah ketepikan igauan ngeri minggu lalu hadapi PKNP
Insiden dibuang padang dalam perlawanan menentang T-Team minggu lalu sudah dilupakan pemain pertahanan Kedah, Rizal Ghazali, yang kini mahu memberi fokus membantu Kedah melangkah ke separuh akhir Piala FA.
Orlando City v Toronto FC: Pareja delighted with Lions’ character
Preview: Orlando City v Toronto FC
Nashville SC v San Jose Earthquakes: ‘A win would change everything’ - Godoy
Preview: Nashville v SJ Earthquakes
Liverpool agree compensation deal for Slot
Liverpool agree deal for Slot
QPR 4-0 Leeds United: Shock loss for Farke's men seals Leicester's promotion
Report: QPR 4-0 Leeds United
Real Sociedad 0-1 Real Madrid: Los Blancos edge closer to LaLiga title with win
Report: Real Sociedad 0-1 Madrid
Minnesota United v Sporting Kansas City: ‘It’s what I’ve waited for’ - Oluwaseyi
Preview: Minnesota v Sporting KC
‘We can’t control the Opta supercomputer’ – Eidevall says Arsenal’s destiny is in their own hands
Eidevall previews Everton clash
Brazil legend Marta to retire from international football
Brazil's all-time top scorer, Marta, is hanging up her boots at the end of the year.
IPL: Bairstow century gives Kings stunning win over KKR with record run chase
IPL: Bairstow century for Kings
Man City title hopes rocked by Shaw injury
Man City title hopes rocked