Lee Zii Jia wakil tunggal negara yang masih bernyawa di suku akhir Masters China.

Zii Jia turun ke gelanggang dengan kelebihan rekod pertemuan 6-2, termasuk kejayaan kali terakhir menundukkan lawannya, Kenta Nishimoto di Terbuka Denmark bulan lalu.

Aksi di Shenzhen Bay Gymnasium, Nishimoto yang lebih menguasai dalam pertemuan kali ini, rentetan enam mata membawa kepada kelebihan 11-3.

Sebelum Nishimoto merangkul set pertama dengan kemenangan 21 berbalas 11.

Aksi lebih seimbang di set kedua, di mana kedudukan terikat 8 sama, tetapi Nishimoto lebih berdisiplin meninggalkan mata demi mata Juara Seluruh England 2021.

Selepas genap 40 minit, Juara Masters Sepanyol 2023 ini nyata berada di kelas tersendiri. Nishimoto akhirnya mara ke separuh akhir dengan kemenangan set kedua 21-12.