Pasti ramai yang sudah nampak 'rapper' terkenal tersebut ketika majlis membawa obor menjelang upacara pembukaan Olimpik pada Jumaat. Tetapi tahukah anda Snoop Dogg kini ada tugasan yang lebih penting – iaitu menjadi wartawan dan pengulas sukan untuk Team USA?

Persoalannya sekarang, iya betul bakat Snoop Dogg dalam dunia rap tidak boleh disangkal lagi memandangkan ikon ini sudah pun berstatus legenda, tetapi macam mana pula bakatnya dalam ulasan sukan?

Dayang sempat bertanya kepada 'our own legend', Hafizal Hamad, tentang perubahan profesion ini.

Kata Hafizal;

“Semua bidang, kita hormati kerana masing-masing ada kelebihan tersendiri. Tetapi ingat, tugasan sebagai pengulas sukan ni banyak memerlukan komunikasi dan komunikasi dengan atlet berbeza dengan komunikasi dengan artis dan selebriti.”

Betul tu, communication is key! Tak sabar betul nak lihat sisi berbeza Snoop Dogg kali ini.