Keputusan yang lebih baik mungkin mampu dicatatkan oleh atlet jaguh pecut negara Azeem Fahmi seandainya pihak KOM mampu membuat keputusan lebih awal untuk menghantarnya ke Olimpik Paris 2024.

Itu pandangan yang dilontarkan oleh bekas jaguh pecut negara Nazmizan Mohamad ketika diajukan soalan mengenai prestasi yang ditampilkan oleh Azeem di temasya tersebut yang berakhir semalam.

"Kalaulah tahu lebih awal (untuk bertanding di Olimpik Paris 2024) mungkin boleh lakukan persiapan awal dari segi fizikal dan mental selain persiapan jurulatihnya di Amerika Syarikat mungkin tidak membenarkan Azeem kembali ke Malaysia untuk berlari di Terbuka Malaysia ataupun Kazakhstan dan fokus mengikuti pasukanya ke kem di Jerman untuk betul-betul lakukan persiapan."Katanya kepada media hari ini.

Bagaimanapun pemenang dua pingat emas Sukan SEA Hanoi itu berharap fokus akan terus diberikan dalam persiapan yang wajar untuk menghadapinya sekali lagi bagi tempoh empat tahun akan datang iaitu di Olimpik Los Angeles.

Ia memandangkan usia Azeem yang masih lagi muda dan peluang masih lagi luas terbuka untuknya memperbaiki prestasi yang ada ketika ini.

"Pada usianya ketika ini Azeem masih lagi boleh pergi lebih laju..apa yang saya fahamkan selepas sukan asia dan dia kembali ke Amerika Syarikat dan dia menjalani program pemulihan yang tidaak sempurna.

"Ketika itu apa yang dimaklumkan paksukanya telahpun fokus untuk menyertai kejohanan bebas dan ia membuatkan jurulatihnya tidak memberikan fokus yang sepatutnya kepada beliau."Jelasnya lagi.

Nazmizan yang turut menonton aksi Azeem semalam turut mendakwa bahawa pelari dari Teluk Intan itu kelihatan seperti mahu terjatuh pada permulaan dengan corak larian tidak selesa untuk jarak 30 meter pertama.

Ia menyaksikan Azeem sekaligus ketinggalan di belakang dengan catatan yang jauh daripada rekod peribadi terbaiknya sebelum ini