Perseorangan negara, Lee Zii Jia, meneruskan kecemerlangannya dengan menjamin tiket ke suku akhir Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, hari ini.

Dia tidak perlu mengambil masa yang panjang untuk mengungguli set pertama dengan mata 21-13.

Namun, lain pula cerita dalam set kedua berikutan pemain di ranking nombor 10 dunia itu dipaksa bekerja lebih keras apabila lawan dari India, Kiran George, bertubi-tubi mencuri mata untuk merapatkan jurang.

Bagaimanapun, akhirnya keputusan lebih memihak pemain tuan rumah itu menerusi kemenangan 21-18.

"Kiran mendapat rentak permainannya dan sebab itulah banyak rali dalam set kedu.

"Dia seorang pemain yang boleh tahan terutama corak pertahanannya seperti dalam set kedua.

"Dalam masa sama, prestasi saya juga lebih baik dari semalam, saya semakin selesa dengan permainan sendiri.





"Ini satu perkembangan yang positif," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Kemenangan itu juga menyaksikan Zii Jia bakal bertemu juara Terbuka Malaysia 2024, Anders Antonsenm di pentas suku akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok.

Dia mengakui perlu siap siaga daripada segi ketahanan mental dan fizikal, juara Terbuka Thailand itu optimis untuk membuat perhitungan setelah lima kali tertewas dalam tujuh pertemuan.

"Dalam kebanyakannya pertemuan kami, saya pernah mengalahkannya.

"Saya perlu persiapkan kekuatan mental sebab dia pemain berpengalaman dan bukan senang mematikan pukulannya.

"Jadi saya juga memerlukan ketahanan untuk mematikan permainan dengan ralin," katanya.