Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mara ke suku akhir Malaysia Masters selepas melepasi ujian di pusingan kedua pada Khamis.

Kian Meng-Pei Jing yang tampil dengan status pilihan kelapan bagaimanapun ditewaskan lawan dari bumi Korea Selatan, Wan Chan-Shin Seung-chan 15-21 pada set pertama.

Beregu negara yang berkedudukan 24 dunia itu kemudiannya tenang bangkit menyamakan kedudukan dalam aksi sengit 21-19 bagi mengheret perlawanan ke set ketiga.

Set penentuan Kian Meng-Pei Jing diberikan tentangan sengit sebelum menutup laluan ke suku akhir Wan Chan- Seung-chan (102 dunia) dengan kemenangan 21-19 dalam masa 66 minit.

Di suku akhir, Kian Meng-Pei Jing berdepan pilihan pertama kejohanan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei yang menyingkirkan wakil India Reedy B Sumeeth-Reddy Sikki, dalam aksi straight.

Sementara itu, cabaran pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei berakhir di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Thailand, Busanan Ongbamrungphan 10-21, 14-21 dalam masa 37 minit.

Jin Wei mara pusingan 16 selepas mengenepikan cabaran pemain Ukraine, Polina Buhrova, 21-16, 18-21, 21-14. -Sinar Harian

Sementara itu, Perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, terpaksa akur selepas tewas kapada pemain pilihan ketiga kejohanan dari China, Li Shi Feng, 21-15,21-16.



Seorang lagi beregu campuran Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, disingkirkan pasangan Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Bøje 21-10 21-15.