Pelapis beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, menampilkan permainan memukau untuk menunjukkan jalan keluar buat pasangan dari Hong Kong, Hung Kuei Chun-Tsang Hiu Yan, 21-13 25-23, sebentar tadi.

Wakil dari Hong Kong itu nyaris melakukan kebangkitan pada mata akhir namun pasangan negara tetap fokus untuk memenangi perlawanan tersebut sekali gus melayakkan diri ke pusingan ke-16.

Selain itu, perlawanan yang berlangsung di gelanggang satu menyaksikan satu lagi beregu campuran negara, Yap Roy King-Valeree Siow, terpaksa berpuas hati sekadar menamatkan saingan kejohanan Masters Malaysia di peringkat ke-32 selepas tewas di tangan beregu dari Indonesia.