Beregu utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menepati ramalan berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya selepas mudah mengalahkan pasangan dari Korea, Kim Young Hyuk-Wang Chan.

Meskipun memenangi perlawanan itu, beregu Korea menampilkan aksi yang berbeza di mana mereka berjaya merapatkan jurang namun bekas juara dunia itu menoktahkan kemenangan di set kedua.