Selepas cemerlang menumpaskan rakan senegara Ng Tze Yong, Lu Guang Zu jadi mangsa seterusnya kepada Zii Jia di Masters China, sebentar tadi.

Aksi memberangsangkan oleh Zii Jia di set pertama yang akhirnya menuai kemenangan mudah 21-10.

Ketika kedudukan terikat lima sama, Zii Jia mula perkemas permainan yang kemudian membutirkan 16 mata daripada 21 rally buat dirinya dan Guangzu hanya berjaya raih 5 mata.

Detik kerisauan berlaku seketika pada awal set kedua, di mana Zii Jia menggunakan khidmat rawatan selepas jari kelingking tangan kanannya tampak mengalami kegeseran sewaktu Zii Jia melakukan pukulan pertahanan.

Namun pemenang gangsa Kejohanan Asia 2023 itu gagal memanfaatkan kelebihan situasi tersebut, di mana Zii Jia terus mendominasi perlawanan dengan mata 11-6 menuju interval.

Tidak lagi menoleh ke belakang, Juara Terbuka Arctic 2023 itu kemudian menoktahkan kemenangan 21-12 sekaligus mara ke suku akhir di Shenzhen.