Mahali Jasuli tidak berkecil hati dengan tempoh yang diberikan barisan kejurulatihan Kuala Lumpur City berhubung penampilannya bersama The City Boys.

Dia yang masih berharap untuk membawa watak penting di jentera serangan mengakui persaingan hebat merebut tempat membabitkan Paulo Josue dan Haqimi Azim Rosli bakal berlaku.

"Jurulatih memberitahu saya memerlukan masa lagi dan apabila tiba masa yang sesuai, barulah saya akan membuat penampilan bersama pasukan.

"Saya sekarang bermain di posisi penyerang jadi ia bukan satu tugas mudah kerana perlu bersaing dengan pemain kebangsaan seperti Paulo Josue dan Haqimi Azim.

"Ini satu perkembangan positif untuk saya bekerjasama dengan pemain kebangsaan," kata di Nadi Arena sebentar tadi.

Dalam perkembangan berbeza ketua jurulatih KL City, Miroslav Kuljanac, bakal diuji skuad B-23 esok untuk diserapkan ke skuad utama merujuk kepada keadaan semasa berikutan ketiadaan tujuh pemain utama yang kini menjalani tugasan skuad negara.

"Saya sudah pun menyerap tiga pemain muda dan selepas perlawanan esok, saya mungkin memilih ramai lagi.

"Saya mahu melihat tahap persembahan dan kecergasan mereka terlebih dahulu," kata jurulatih itu pula.