Meskipun ketika ini sedang mendahului jumlah jaringan, penyerang PDRM, Ifedayo Olusegun, lebih selesa anggap ia adalah pencapaian sepasukan.

Tiga jaringan dan tiga perlawanan Liga setakat ini, Ifedayo berasakan terlalu awal untuk dijadikan calon anugerah kasut emas musim ini.

"Tiga gol dalam tiga perlawanan adalah usaha kolektif," kata Ifedayo kepada Astro Arena.

"Kesemua tiga gol datang daripada satu jurulatih.

"Bukanya seperti saya menggelecek lima hingga enam pemain atau melakukan rembatan dari tengah padang. Ia usaha kolektif. Kami boleh lakukan hantaran dan kemudian cari ruang untuk menjaringkan gol.

"Kami akan terus berusaha dalam aspek ini, cuba untuk cipta lebih banyak peluang untuk menjaringkan gol."

Bekas penerima Anugerah Kasut Emas bagi musim 2020-2021 menegaskan keadaan semasa tidak sama sepertimana dia menyarung jersi Selangor, empat tahun lalu.



Pembentukan pasukan PDRM yang di anggap sebagai pasukan baru menyulitkan penyerang membaca dengan lebih jelas gerakan bahagian serangan.

"Ini (PDRM) pasukan baru. Struktur pasukan ini belum terbentuk sepenuhnya," kata Ifedayo.

"Bila kita lihat JDT bermain, kita tahun itu pasukan JDT. Pasukan kami semakin baik tetapi kami masih banyak yang perlu dilakukan."