PDRM 1 PENANG 1

PDRM dan Penang terpaksa berpuas hati dengan satu mata selepas terikat 1-1 dalam minggu ketiga Liga Super, sebentar tadi.


Kedua-dua pasukan mengambil pendekatan berhati-hati pada awal permainan.

Eizrul Ashraf hampir buka jaringan pada minit ke-18 yang menuntut tindak balas daripada penjaga gol, Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman.

Namun, selang 13 minit, Penang akhirnya dibolosi buat kali pertama. Ia jaringan ketiga peribadi Ifedayo Olusegun dalam kempen kali ini.

Dalam masa sama, pemain import Harimau Kumbang, Rafael Vitor, pula menyangka sudah menyamakan kedudukan tetapi dibatalkan selepas video bantuan pengadil (VAR) berikutan kapten Penang itu dalam kedudukan ofsaid.

Tetapi kehampaan itu ditebus Rodrigo Dias pada minit ke-52 untuk berkongsi mata di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.