KL City 1 JDT 5

Johor Darul Ta'zim (JDT) mempamerkan karakter sebagai jaguh Liga Super apabila membelasah Kuala Lumpur (KL) City 5-1 di Stadium KLFA, sebentar tadi.


JDT bagaikan harimau yang terluka selepas terpaksa menunggu hingga minit ke-43 untuk memecah kebuntuan menerusi jaringan Fernando Forestieri, diikuti gol Juan Muniz sementara sepakan penalti Paulo Josue menjadikan 2-1 dalam masa kecederaan babak pertama.

Dan buktinya KL City walaupun lebih banyak dipaksa berkampung di kawasan sendiri, gawang mereka bergegar sebanyak tiga kali lagi.

Malah, KL City hampir kehilangan pemain tetapi pengadil, Nazmi Nasaruddin, membatalkan kad merah ke atas Giancarlo Gallifuoco selepas memeriksa video bantuan pengadil (VAR).

Tuan rumah kembali dihantui oleh penyudah Forestieri, Muniz dan pemain gantian, Syahmi Safari.