Ketua jurulatih Selangor, Nidzam Jamil, menggunakan kesempatan kejohanan jemputan RCTI Premium Sports di Jakarta sebagai medan untuk terus memperkasakan barisan kendalian.

Selangor akan berdepan seteru Liga Super, Sabah, dalam perlawanan di Jakarta, jam 6 petang ini.

Ketika kancah tempatan berehat bagi memberi laluan kepada jadual antarabangsa apabila tiga pemain dilepaskan kepada pasukan kebangsaan masing-masing iaitu Safuwan Baharudin (Singapura), Umarbek Eshmurodov (Uzbekistan), Noor Al-Rawabdeh (Jordan) dan Nooa Laine (Malaysia), ia memberi ruang buat Nidzam menguji percaturan berbeza.