Bekas pemain badminton negara, Goh Liu Ying, memilih aksi menakjubkan Pearly Tan-M. Thinaah di kempen Sukan Olimpik Paris 2024 sebagai momen terbaik sepanjang tahun ini.

Dia yang sebelum ini berpasangan beregu bersama Chan Peng Soon kagum dengan persembahan yang dipamerkan skuad negara di Paris selepas mara ke pusingan separuh akhir dalam penampilan pertama mereka dengan berharap lebih banyak atlet wanita akan menceburi sukan badminton pada masa akan datang.






"Secara jujurnya saya gembira dengan persembahan Pearly Tan-M. Thinaah di Sukan Olimpik Paris kerana kita memang kekurangan pemain beregu wanita dan boleh mara ke separuh akhir adalah sesuatu keputusan yang mengejutkan.

"Saya berharap kita akan lebih banyak atlet wanita dalam sukan badminton selepas melihat mereka mampu mara ke separuh akhir." katanya kepada Nadi Arena.