Itu komen Pearly Tan selepas dia dan pasangannya, M. Thinaah meraih satu mata buat skuad negara dalam kemenangan selesa 5-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu.

Pearly Tan-M. Thinaah menepati sasaran dengan membelasah lawan mereka, Nayonika Rajesh-Madhumitha Sundarapandian dengan jurang besar 21-4 dan 21-5.

Biarpun dengan kemenangan besar itu, Pearly anggap perlawanan itu bukanlah sebagai aksi pemanas badan buat mereka.

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)



Empat lagi mata negara diraih oleh Goh Jin Wei, K. Letshana, Wong Ling Ching serta pasangan wanita negara menerusi gandingan Tan Zhing Yi-Teoh Mei Xing.

Perlawanan kedua skuad wanita negara adalah berdepan Thailand pada esok, jam 9.00 pagi.

Skuad lelaki pula akan turun beraksi pada jam 5.00 petang ini bertemu Kazakhstan, dan perlawanan ini bakal disiarkan secara langsung di Astro Arena saluran 801HD.

A post shared by Astro Arena (@astroarenahd)