Rakyat Malaysia disajikan dengan kedatangan penyanyi tersohor kelahiran England yang terkenal dengan lagu ‘Shape Of You’ baru-baru ini apabila Ed Sheeran memilih Malaysia sebagai salah satu destinasi persembahan jelajahnya bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Dalam masa sama, Ed Sheeran turut memuat naik satu video di laman media sosial Instagramnya dimana dia mencuba aktiviti kebudayaan di Malaysia — ia termasuk la mengenali lukisan batik tradisional, grooming di kedai potong rambut mamak dan melakukan ‘yee sung’ iaitu aktiviti perayaan oleh bangsa Cina di Malaysia.

Namun apa yang mencuri tumpuan apabila Ed Sheeran turut memilih untuk menghabiskan masanya mencuba salah satu sukan popular dan mempunyai ramai penyokong di sini iaitu badminton.

Olimpian negara Chan Peng Soon turut tidak terlepas untuk meluangkan sedikit masa untuk sesi ramah mesra dan penganalan antara sukan terkenal itu di samping Ed Sheeran sempat mengakui kuasa besar sukan badminton di Malaysia.

Mereka melalukan format perlawanan for fun tiga pemain lawan satu dan kelihatan mereka berseronok! Pertukaran jersi turut dilakukan dimana Ed Sheraan menghadiahkan jersi bola sepak kepada Peng Soon sementara ia dibalas dengan jersi badminton pemberiannya kepada artis terkenal itu.