Jurulatih beregu wanita negara, Hoon Thien How, berkata tiada sebarang masalah peribadi di antara dua pemain utama negara, M. Thinaah dan Pearly Tan.

Sebelum ini, gandingan wanita negara itu menjadi buah mulut warga internet apabila kelihatan tidak berkomunikasi ketika tersingkir dalam pusingan pertama Kejohanan Badminton Masters China minggu lalu.

Ketika ditemui wartawan Astro Arena, Faizal Bazari, hari ini, Thien How mengesahkan tiada sebarang pertelingkahan di antara Pearly dan Thinaah.

"Tiada gaduh, tiada 'feel' mahu champion," katanya.

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.