Sensasi yang dicipta beregu campuran, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, dalam Kejohanan Badminton Antarabangsa India Syed Modi dinafikan Yuki Kaneko-Misaki Matsumoto di peringkat separuh akhir, sebentar tadi.

Masih segar dengan Wakil tunggal negara dalam saingan Super 300 itu memulakan aksi dengan langkah kanan untuk menjamin kemenangan 21-17.

Bagaimanapun, permainan mereka dalam set kedua serba tidak menjadi apabila pada mulanya ketinggalan 3-7 sebelum pilihan kelima dari Jepun itu melebarkan penguasaan 5-21 dengan mengutip 11 mata berturut-turut.

Pang Ron-Su Yin -- yang masih Kejohanan Cabaran Antarabangsa Malaysia bulan lalu -- segera memperkemaskan semula permainan mereka tetapi selepas empat percubaan mata akhir, Kaneko-Matsutomo yang lebih berpengalaman menyelesaikan pertemuan mereka 21-17 dalam tempoh 53 minit.