Novak Djokovic memastikan dia akan menamatkan tahun ini sebagai pemain nomboer satu dunia buat kali kelapan selepas menewaskan Holger Rune dalam aksi pembukaan ATP Finals awal pagi tadi.

Djokovic, yang memburu gelaran ketuju, menganggap pemain berusia 20 tahun, Rune, yang melakukan penampilan sulungnya dalam kejohanan lapan pemain itu, sebagai lawan sukar sebelum mencatatkan kemenangan ketiganya daripada lima pertemuan.

Ia sudah lewat malam di Turin sewaktu Djokovic merekodkan kemenangan 7-6, 6-7, 6-3 selepas beraksi selama tiga jam dan empat minit di atas gelanggang.

Rune beraksi jauh lebih baik menentang Djokovic berbanding kebanyakan lawannya dalam beberapa tahun terakhir ini, di mana lawan itu menewaskannya di Paris musim lalu dan di Rome pada musim bunga lalu sebelum kekalahan tipis di ibu negara Perancis seminggu setengah lalu.

Pemain Serbia iru kemudian meraih gelaran Masters Series dan mengekalkan rekod tanpa kalah sejak final Wimbledon.

Djokovic berkata kepada Prime Video: "Ia memerlukan segalanya. Saya melihat dalam game pertama apabila dia melakukan pukulan dari garisan belakang, saya tahu ini akan menjadi malam yang sukar bagi saya. Saya fikir dia bermain dengan hebat. Saya juga bermain hebat dalam beberapa ketika.

"Secara keseluruhan, menang tetap menang. Ia adalah kemenangan yang sangat sukar dan beremosi bagi perlawanan penting malam ini. Selepas set kedua yang sangat buruk, saya fikir saya bermain dalam set ketiga dengan sangat kukuh."