Pandangan itu dilemparkan oleh Feliciano Lopez yang berharap untuk melihat Nadal mengatasi masalah kecederaannya dalam usaha menikmati kemenangan pada 2024.
Rekod 22 gelaran grand slam milik bintang Sepanyol tersebut dipintas Djokovic dan pemain Serbia itu turut menyamai rekod keseluruhan Margaret Court dengan memenangi Terbuka Amerika Syarikat(AS).
Djokovic telah memenangi tiga daripada empat grand slam pada 2023 sambil Nadal terlepas tiga kejohanan utama terakhir kerana masih dibelenggu kecederaan yang menyaksikan disingkirkan oleh Mackenzie McDonald dalam Terbuka Australia Januari lalu.
Awal tahun ini, Nadal memberi bayangan bahawa 2024 mungkin akan menjadi tahun terakhirnya dalam jelajah kejohanan berkenaan dan bekas pemain nombor sembilan dunia, Lopez, teringin melihat rakan senegaranya itu beraksi cemerlang.
Ditanya sama ada Nadal mampu melanjutkan 14 kejuaraan Terbuka Perancis tahun depan, Lopez memberitahu Stats Perform: "Dengan Rafa, anda tidak pernah tahu kerana dia pernah menunjukkan bahawa dia mampu kembali dengan lebih kuat walaupun dia mengalami kecederaan yang serius.
"Ia akan banyak bergantung kepada tahap fizikal, faktor inilah yang akan menjadi kuncinya. Saya tidak akan terkejut sekiranya melihat dia mampu bersaing hebat tahun depan kerana pastinya ingin dia mengucapkan selamat tinggal dengan memenangi Roland Garros.
“Ia akan menjadi impian saya dan ramai orang untuk melihat dia mengangkat trofi itu buat sekian kalinya.
"Sangat sukar untuk saya bercakap tentang Rafa kerana dia telah mengubah cara kita melihat sukan di Sepanyol. Sebelum Rafa, kami mempunyai atlet yang hebat tetapi tiada yang sampai ke peringkatnya.
“Ketokohan Rafa terserlah dalam sukan Sepanyol dan dalam kehidupan rakyat Sepanyol. Tidak ada atlet yang sepertinya.
"Terdapat banyak kegembiraan yang dibawanya untuk kami. Dia telah memberi kami contoh dalam banyak situasi di luar sukan. Nadal akan terus hidup dalam sukan Sepanyol."