Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid, memandang positif perkembangan semasa revolusi bola sepak negara yang sedang rancak berlangsung dengan dijangkakan beberapa pemain warisan akan masuk memperkuatkan Harimau Malaya.

Pemain berusia 27 tahun itu percaya dengan kewibawaan figura Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, yang akan membawa perubahan yang lebih baik dengan kemasukan pemain warisan yang berkualiti.

"Bagi saya tiada masalah, selagi boleh membantu pasukan dan saya rasa TMJ semestinya akan membawa masuk pemain yang berkualiti dan kita boleh lihat perkara itu di Johor Darul Ta'zim.

"Bagi saya dengan adanya pemain warisan, pemain tempatan perlu berjuang dalam liga untuk tunjukkan persembahan terbaik mereka untuk wakili negara dan bersaing." katanya.