Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peningkatan peruntukan RM15 juta pembangunan bola sepak kepada RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak negara.
Penambahan RM15 juta itu akan dibiayai oleh pihak swasta dengan dana ini akan digunakan bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama menjadi lebih lebih kompetitif di peringkat antarabangsa.
Dia juga meletakkan harapan agar Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, dapat terus memberikan dukungan terhadap skuad kebangsaan dalam menyumbangkan pengalaman untuk membantu Harimau Malaya melangkah lebih maju.
"Umum mengetahui bahawa sukan bola sepak amat dekat di hati rakyat Malaysia termasuk diri saya sendiri yang sentiasa menerima perkembangan langsung terkait situasi melibatkan pasukan Harimau Malaya.
"Pelbagai usaha berterusan dilakukan Kerajaan MADANI bersama beberapa pihak lain dalam memastikan skuad Harimau Malaya diperkukuh sekali gus muncul sebagai gergasi bola sepak asia.
"Bagi merealisasikan usaha ini, Kerajaan MADANI akan meningkatkan peruntukan RM15 juta yang diumumkan sewaktu Belanjawan 2025 khusus untuk pembangunan sukan bola sepak kepada RM30 juta, yang mana RM15 juta lagi akan dibiayai oleh pihak swasta.
"Peruntukan ini akan diguna bagi meningkatkan program-program pembangunan Harimau Malaya di setiap peringkat selain mempersiapkan pasukan utama agar lebih kompetitif dalam setiap kejohanan antarabangsa yang disertai.
"Dana ini juga akan dimanfaatkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dalam aspek pengurusan organisasi yang mana ia memerlukan perubahan total dari setiap sudut bagi memastikan para pemain kebangsaan mendapat sokongan yang berterusan daripada barisan tenaga pakar dan kejurulatihan yang dilantik.
"Usaha juga akan ditumpukan kepada mewujudkan lebih ramai pemain pelapis pasukan Harimau Malaya, dengan memberikan pendedahan meluas kepada skuad bawah-23 negara dan ini secara tidak langsung membolehkan pasukan utama sentiasa dilengkapi dengan para pemain yang berpengalaman.
"Selain daripada ikhtiar yang dilakukan oleh Kerajaan MADANI dan FAM, saya juga berharap Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Ismail, Pemangku Sultan Johor akan terus memberikan dukungan berterusan berdasarkan pencapaian, pengalaman serta rangkaian luas Baginda dalam industri bola sepak.
"Pengetahuan Pemangku Sultan Johor yang mendalam mengenai pengurusan bola sepak serta hubungan dengan figura sukan dan kelab bola sepak antarabangsa adalah aset yang tidak ternilai yang dapat digunakan untuk menolong Harimau Malaya dan pasukan pengurusannya.
"Saya berharap agar rakyat Malaysia terus memberikan sokongan dan kepercayaan kepada pasukan Harimau Malaya termasuk pasukan pengurusan dalam mengangkat nama Malaysia ke peringat tertinggi dan setanding nama besar bola sepak antarabangsa." katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Saufi Tahir
Sun Jan 12 2025
Tiada masalah selagi boleh bantu Harimau Malaya -- Jelas Safawi Rasid
Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid, memandang positif perkembangan semasa revolusi bola sepak negara yang sedang rancak berlangsung dengan dijangkakan beberapa pemain warisan akan masuk memperkuatkan Harimau Malaya.
Setiausaha Kehormat MCFA nafi dilucut jawatan
Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Cina Malaysia (MCFA), Edwin Tang Chee Hong, menafikan jawatannya telah dilucutkan sebelum ini.
Liga Super: Bergson positif pacu kecemerlangan JDT tahun 2025
Penyerang berbisa Johor Darul Ta'zim (JDT), Bergson Da Silva, positif dalam memulakan tahun 2025 selepas memacu kemenangan Harimau Selatan menewaskan Sabah 4-0 di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.
Liga Super: Bos Gaurus bangkit rantai Harimau Kumbang di Stadium Bandaraya
Penang terpaksa berpuas hati berkongsi satu mata selepas diikat Perak 3-3 dalam saingan minggu ke-18 Liga Super 2024/25 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.
TERKINI: FAM terima tambahan RM15 juta buat pembangunan bola sepak negara
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan peningkatan peruntukan RM15 juta pembangunan bola sepak kepada RM30 juta khusus untuk pembangunan bola sepak negara.
Liga Super: Corbin Ong anggap semangat juang tinggi pacu kemenangan JDT
Pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Corbin Ong, mengakui gembira dapat membantu pasukannya mengatasi Sabah sekaligus mencatatkan rekod bersih tanpa tewas dalam kempen Liga Super 2024/25 setakat ini.
EPL: Bekas jurulatih Manchester United ke Everton
Setelah 11 tahun setengah meninggalkan Goodison Park, David Moyes kini kembali untuk membantu Everton bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Liga Super: JDT bantai Sabah di Stadium Sultan Ibrahim
Johor Darul Ta'zim (JDT) tidak berdepan masalah menumbangkan Sabah 4-0 dalam saingan minggu ke-18 Liga Super 2024/25 di Stadium Sultan Ibrahim, sebentar tadi.
Tiada pemain dari England -- TMJ
Majoriti pemain warisan baharu skuad negara bukan calang-calang dan ketika ini sedang beraksi di liga teratas Eropah.
Liga Super: Kuching City tunjuk kehebatan benam PDRM di Selayang
Kuching City berhasil menduduki tangga kelima Liga Super Malaysia selepas membawa pulang tiga mata penuh menewaskan PDRM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, petang tadi.
Australian Open: Grand slam record beckons for Djokovic after first-round comeback
Djokovic hits back in Melbourne
Nortje and Ngidi to make South Africa returns in ICC Champions Trophy
Nortje and Ngidi in Proteas squad
Australian Open: Kyrgios' party crashed by Fearnley
Fearnley spoils Kyrgios party
Giannis: 'We gotta get our stuff together, it's as simple as that'
Giannis: Bucks need to improve
Australian Open: Alcaraz cruises past Shevchenko to stay perfect in first round
Alcaraz cruises past Shevchenko
James delighted to be back as Chelsea siblings make FA Cup returns
James siblings glad to be back
Australian Open: Grand slam stat shows consistency – Swiatek
Swiatek on grand slam statistic
Luis Enrique focuses on collective effort after Dembele brace
Luis Enrique focuses on collective
Australian Open: 'I cannot compare myself to Djokovic, Federer or Agassi' — Sinner
Sinner: I'm trying to make my story
NBA: Pacers halt Cavaliers' winning streak
NBA: Pacers halt Cavaliers' streak