Saingan Hari Terakhir Jelajah Golf Toyota Piala Fortuner di Sibu, Sarawak, menjanjikan persembahan memukau sebelum saingan antara perebutan juara edisi kali ini berakhir.

Pemain berpengalaman, Ben Leong, kekal berada di kelas tersendiri apabila mendominasi pusingan ketiga sekali gus bergelar juara terbaru siri jelajah Toyota itu.

Sebagai rekod, ini merupakan kemenangan kali pertamanya sejak penganjuran siri kejohanan yang bermula Februari lalu.

Ini kerana, pemain veteran berusia 38 tahun itu kini sedang berguru bersama jurulatih, Kevin Smeltz, yang berpangkalan di Akademi PGA dengan menggunakan teknologi canggih yang mempertingkatkan teknik pukulannya.