Pemain golf profesional negara, Gavin Green, sah menjadi atlet ke-21 Malaysia layak ke Sukan Olimpik Paris 2024 bulan depan.

Ini selepas jaguh negara itu menempatkan dirinya dalam kelompok 60 pemain terbaik menjelang tarikh akhir kelayakan hari ini -- Gavin di tempat ke-53.

Sebagai rekod, ia akan menjadi penampilan ketiga berturut-turut Gavin di pentas temasya sukan terbesar dunia itu selepas Rio 2016 dan Tokyo 2020.