Burnley memberi ganjaran kepada pengurusnya, Vincent Kompany, dengan perjanjian baru selama lima tahun.

Bekas pertahanan Manchester City itu mengemudi mereka memenangi promosi kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam pengalaman pertamanya sebagai pengurus di Turf Moor dengan mendominasi Liga Kejuaraan dengan bergaya.

Kompany mengubah gaya permainan mereka sejak menyahut peranan itu untuk menggantikan Sean Dyche pada musim panas lalu, iaitu sebaik mereka tersingkir ke Liga Kejuaraan.

Dia telah dikaitkan dengan beberapa kekosongan dalam EPL termasuk kerusi panas di Chelsea dan Tottenham, tetapi dia ternyata komited dengan masa depannya apabila setuju kekal bersama Clarets hingga 2028.



Pemain Belgium itu berkata: “Burnley dan Turf Moor adalah satu langkah yang tepat sejak dari awal lagi -- jadi saya berasa sesuai untuk melanjutkan kontrak selama lima tahun lagi.

“Bersama-sama peminat, kami kembali menjadikan Turf Moor sebagai kubu kuat dan saya teruja dengan cabaran masa depan selain tugas untuk menjadikan Burnley lebih baik dalam setiap langkah.”