TOTTENHAM HOTSPUR 1 BURNLEY 0

Jaringan dari jarak 25 ela Pedro Porro membantu Tottenham ke pusingan keempat Piala FA Inggeris dengan meraih kemenangan tipis 1-0 ke atas Burnley awal pagi tadi.

Spurs jelas tidak beraksi seperti kebiasaan dan kelihatan akan melalui perlawanan ulangan di Turf Moor sebelum pertahanan sayap, Porro, menjadi wira pasukan bimbingan Ange Postecoglou itu dengan jaringan gemilangnya pada minit ke-78.

Ia memberikan Tottenham kemenangan keempat daripada lima perlawanan tetapi pengendali The Clarets, Vincent Kompany, sekurang-kurangnya memperoleh sesuatu yang positif berdasarkan aksi kukuh anak buahnya sepanjang perlawanan dan mereka kini sudah boleh menumpukan tumpuan sepenuhnya kepada misi untuk kekal dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Sebagai rekod, Spurs menewaskan Burnley 5-2 dalam saingan liga musim ini tetapi mereka tidak dapat menurunkan wira hatrik dalam perlawanan itu, di mana Son Heung-min kini sedang bersama skuad kebangsaan Korea Selatan menjelang saingan Piala Asia di Dubai bermula Jumaat depan.