MANCHESTER CITY 3 BURNLEY 1

Manchester City kembali ke tangga kedua Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan menewaskan pasukan di tangga bawahan, Burnley, 3-1 di Stadium Etihad awal pagi tadi.

Julian Alvares menjaringkan dua gol, masing-masing pada minit ke-16 dan 22, pada hari ulang tahun kelahirannya yang ke-24 sambil Rodri turut menemui sasaran pada minit ke-46.

Erling Haaland, dalam pada itu, kembali diturunkan sebagai pemain gantian pada minit ke-71 selepas berehat panjang gara-gara kecederaan.

Ameen Al-Dakhil kemudian menjaringkan gol sagu hati buat Burnley dalam waktu kecederaan.

Keputusan itu menyaksikan City kini hanya dibezakan lima mata dengan pendahulu EPL, Liverpool, tetapi berkelebihan satu perlawanan dalam tangan.