Park Hang-seo menikmati gaji US$50,000 (RM218,000) ketika memacu pasukan kebangsaan Vietnam, seterusnya memberi bayangan bahawa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bersedia menawarkan pakej yang lebih menarik.

Gaji ketua jurulatih dari Korea Selatan itu ketika menggalas tanggungjawab pasukan Naga Emas sepanjang tempoh lima tahun setengah didedahkan oleh sebuah sebuah portal Vietnam, VN Ekspress.

Malah, Hang-seo turut diberikan hak untuk bayaran penuh hasil pengiklanan.

VN Express sebelum ini juga melaporkan wakil jurulatih berusia 67 tahun itu, Lee Dong Jun, sedia membuka pintu rundingan untuk mengambil alih jawatan yang dikosongkan Kim Pan-gon.