Suratan atau kebetulan, detik bertemu Filipina menggamit semula memori 10 tahun lalu.

Amanah untuk membawa cabaran Harimau Malaya pada malam itu diserahkan kepada jurulatih sementara, Datuk Ong Kim Swee.

Ia tugasan pertama pengendali skuad Harimau Muda itu di peringkat senior antarabangsa dan pertemuan perlawanan antarabangsa tersebut berakhir tanpa jaringan.

Bagaimanapun, perlawanan terpaksa dihentikan selama tujuh minit pada detik ke-31 permainan.

Hasrat Ultras Malaya untuk menyalakan suar di dalam Stadium Majlis Perbandaran Selayang atas bersebab telah direalisasikan sebaik mereka habis menyanyi Lagu Negaraku.

Kemudian, ujian pertama bekas ketua jurulatih negara, Kim Pan-gon, juga bertemu pasukan The Azkals pada 2022 yang menyaksikan kemenangan skuad negara dihadiahkan menerusi dua sentuhan penyudah Akhyar Rashid.

Dan sekali lagi di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, jurulatih kelahiran Sepanyol, Pau Marti Vicente, akan menggalas tanggungjawab untuk mengendalikan skuad kebangsaan, juga akan berentap seteru dari rantau Asia Tenggara itu.