Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memuat naik satu posting buat penyerang kebangsaan, Safawi Rasid, agar meneruskan konsistensi untuk beraksi dengan cemerlang.

'Pride of Dungun boh! Teruskan aksi cemerlang Pawi'.

Dalam aksi terakhir, pemain kelahiran dungun itu menjaringkan gol kemenangan melalui sepakan penalti ketika menentang Filipina untuk menang 2-1.




Dia hanya memerlukan satu jaringan lagi untuk menyamai rekod jaringan milik Safee Sali dan James Wong (23 Gol), dengan dia kini sudah mengumpul 22 gol ketika ini.

Lubnan akan menjadi cabaran terakhir Harimau Malaya untuk merebut kembali trofi Pestabola Merdeka 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini.