Usaha untuk memertabatkan sukan bola sepak membabitkan wanita di negara itu terus diperkasakan oleh badan induk bola sepak negara, Pasatuan Bolasepak Malaysia (FAM,) termasuk membabitkan negeri-negeri di sebelah Pantai Timur tanah air itu.

Terbaharu FAM dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menganjurkan Kempen Bola Sepak Wanita FIFA yang telah diadakan pada Selasa lalu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ismail Petra, Kota Bharu, Kelantan.



Kempen tersebut telah menarik minat lebih 83 pelajar perempuan di negeri tersebut yang berusia 13 hingga 15 tahun selain turut membabitkan 14 guru.

Usaha tersebut membabitkan sesi latihan yang merangkumi teori serta praktikal dengan dikendalikan oleh Pengurus Unit Bola Sepak Wanita FAM, Syahidah Samshool dengan dibantu oleh dua pemain bola sepak wanita Kelantan iaitu Rosdiana Rosdi dan Anis Azrin Mohammad Roslan.



Program tersebut turut mendapat kerjasama dan sokongan oleh beberapa agensi kerajaan negeri Kelantan.

Upacara penutupnya telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah UPBM JPN Kelantan iaitu Mat Yaakob Hassan dan Pengetua SMK Ismail Petra, Muhammad AB. Muttalib.

Kempen Bola Sepak Wanita FIFA ini akan diteruskan lagi penjelajahanya selepas ini ke negeri Pahang.