ARSENAL 2 WOLFSBURG 3
(Wolfsburg bergelar juara dengan agregat 5-4)
Impian Arsenal untuk layak ke final Liga Juara-Juara Eropah (UCL) Wanita buat kali pertama sejak 2007 tidak kesampaian selepas gol Pauline Bremer dalam waktu kecederaan memastikan kemenangan 5-4 Wolfsburg secara agregat awal pagi tadi.
Pasukan tuan rumah itu menggembirakan 60,063 penyokong yang hadir di Stadium Emirates apabila Stina Blackstenius membuka jaringan pada minit ke-11 tetapi bekas pemain The Gunners, Jill Roord, memadamkan kelebihan itu berselang setengah jam.
Kapten Wolfsburg, Alexandra Popp, kemudian meletakkan pelawat di depan pada minit ke-58 sebelum jaringan penyamaan Jen Beattie memaksa perlawanan itu diheret ke masa tambahan.
Katie McCabe hampir memberikan gol kemenangan buat Arsenal tetapi percubaannya hanya sedikit melepasi palang gol dan juara dua kali, Wolfsburg, membuktikan mereka pasukan yang lebih baik apabila Bremer bertindak sebagai wira pasukan itu untuk mereka layak ke final dengan kemenangan 3-2.
Kemenangan itu menyaksikan Wolfsburg akan bertemu Barcelona bagi penentuan kejuaraan di Eindhoven pada 3 Jun depan.
Muzaffar Musa
Tue May 02 2023
Perebutan mahkota EPL kini bermula -- Arteta
Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, berkata barisanya dalam perebutan kejuaraan apabila mereka kembali menemui rentak kemenangan Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan 5-1 ke atas Crystal Palace, awal pagi tadi.
Arteta dalam dilema selepas belasah Crystal Palace
Mikel Arteta cukup bimbang dengan kecederaan hamstring yang dialami Bukayo Saka ketika Arsenal menewaskan Crystal Palace 5-1, awal pagi tadi.
Piala EFL: Arsenal, Liverpool tunggu Manchester United di separuh akhir
Hatrik Gabriel Jesus pacu kemenangan Arsenal menewaskan Crytsal Palace 3-2 dalam pertembungan suku akhir Piala Liga Inggeris (EFL) awal pagi tadi.
Piala EFL: Rangkul trofi bakal pulih keyakinan Arsenal -- Mikel Arteta
Pengurus Arsena, Mikel Arteta, menekankan kepentingan Piala EFL untuk Arsenal dengan menjelaskan dengan merangkul trofi itu boleh menambah keyakinan kepada Arsenal selepas melalui permulaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengecewakan.
Arteta kecewa senjata Arsenal tiada peluru
Mikel Arteta menegaskan Arsenal sepatutnya memungut tiga mata selepas mereka terikat 0-0 dengan Everton di Stadium Emirates, tengah malam tadi.
EPL: Arsenal cicir mata, gol kemenangan Saka dibatalkan
Gol kemenangan Arsenal pada minit-minit terakhir dibatalkan untuk terikat 1-1 dengan Fulham dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Craven Cottage malam tadi.
EPL: Situasi bola mati 'bunuh' permainan Manchester United -- Ruben Amorim
Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, terpaksa akur selepas tewas kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak mengambil alih tugasan itu sejak awal November lalu.
EPL: Arsenal benam Manchester United di Emirates
ARSENAL 2 MANCHESTER UNITED 0 Dua jaringan yang hadir menerusi sepakan sudut memastikan Ruben Amorim terpaksa akur tewas buat kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) berdepan Arsenal 0-2 di Stadium Emirates, awal pagi tadi. Selepas beraksi dengan hambar dalam separuh masa pertama, pasukan tuan rumah meledak gol pembukaan menerusi J
EPL: Mikel Arteta kagum impak pengendali baru Manchester United
Pengendali Arsenal, Mikel Arteta, berasakan pengaruh Ruben Amorim sudah jelas kelihatan dalam corak permainan Manchester United menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Emirates, esok. The Red Devils sudah melakar satu kemenangan dan satu kali seri -Menewaskan Everton 4-0, seri berdepan Ipwich Tow
EPL: Arsenal pesta gol benam West Ham di London
Arsenal kembali memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua selepas berpesta gol menewaskan West Ham 5-2 di Stadium London, malam tadi.
'Pogba has always been a champion' - De Zerbi addresses Marseille link with France midfielder
De Zerbi hails 'champion' Pogba
Isak going nowhere, claims Newcastle boss Howe
Howe not considering Isak departure
Guardiola has 'incredible trust' in misfiring Man City stars
Guardiola trusts Man City
McSweeney devastated by Australia omission ahead of India fourth Test
McSweeney devastated by omission
NBA: Magic match franchise record with 25-point comeback in win over Heat
Magic rally from 25 down, beat Heat
Atletico Madrid not getting carried away after moving top of LaLiga
Atleti revel in Barca win
Alonso: Freiburg rout 'not as easy as it seemed' for Leverkusen
Alonso lauds Leverkusen rout
Arteta 'really worried' by Saka injury in Palace win
Arteta 'really worried' by Saka
Barcelona 1-2 Atletico Madrid: Sorloth snatches smash-and-grab victory
Report: Barcelona 1-2 Atletico
'I did not like a single thing about the second half' - Conte frustrated despite Genoa win
Conte frustrated despite Genoa win