WEST HAM 2 ARSENAL 5

Arsenal kembali memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Perdana Inggeris (EPL) di tangga kedua selepas berpesta gol menewaskan West Ham 5-2 di Stadium London, malam tadi.

Kesemua lima gol hadir dalam separuh masa pertama dengan The Gunners mendominasi perlawanan selepas mendahului 4-0 selepas 36 minit pertama.

Gabriel Magalhaes terlebih dahulu membuka jaringan pembukaan pada minit ke-10 sebelum Leandro Trossard menggandakan jaringan kedua sebelum tamat setengah jam pertama perlawanan itu.

Martin Odegaard kemudiaannya menambah lagi derita pasukan tuan rumah menerusi sepakan penalti, manakala Kai Havertz memanfaatkan sepenuhnya peluang terhidang untuk menewaskan Lukasz Fabianski dalam situasi satu lawan satu.

Bukayo Saka yang turut terlibat dalam dua bantuan jaringan, melengkapkan pesta The Gunners dengan gol kelima melalui sepakan penalti selepas penjaga gawang West Ham mengasari Gabriel untuk kedudukan menjadi 5-0 dalam babak pertama sekali gus memastikan tiga mata penuh milik pasukan pelawat.





Untuk rekod, ini merupakan kali keempat dalam sejarah EPL terdapatnya empat gol dijaringkan dalam separuh masa pertama.

Arsenal kini mengutip enam mata di belakang pendahulu liga iaitu Liverpool yang akan berdepan Manchester City hari ini, malah, West Ham kekal di tangga ke-14.