Pengurus Manchester United, Ruben Amorim, terpaksa akur selepas tewas kali pertama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sejak mengambil alih tugasan itu sejak awal November lalu.

The Red Devils tumpas kepada Arsenal 2-0 di Stadium Emirates selepas mempersembahkan corak bertahan dalam separuh masa pertama dengan gagal mengekang situasi bola mati memastikan mereka dibolosi sebanyak dua kali.

Dua sepakan sudut itu menghukum United dengan Jurrien Timber dan William Saliba menampah nama selaku penjaring untuk memastikan pasukan pelawat pulang dengan tangan kosong.

"Situasi bola mati telah mengubah permainan, kami mungkin lebih agresif memasuki kotak penalti Arsenal. Namun, sehingga situasi bola pegun membunuh permainan.






"Mereka boleh meletakkan ramai pemain berhampiran penjaga gol dan hampir mustahil untuk berjuang merebut bola, tetapi kami sudah tahu kami perlu beraksi dengan lebih baik.

"Kami komited dan tewas kepada situasi bola mati. Jika Matthijs De Ligt dapat menjaringkan gol, momentum perlawanan akan berbeza.

"Kami cuba bermain tetapi mereka pasukan yang teratur dan sukar untuk menjaringkan gol. Saya rasa pemain mengawal permainan, tetapi situasi bola mati mengubah permainan dalam separuh masa kedua." katanya kepada BBC.