Pengurus Arsenal, Mikel Arteta, menekankan kepentingan Piala EFL untuk Arsenal dengan menjelaskan dengan merangkul trofi itu boleh menambah keyakinan kepada Arsenal selepas melalui permulaan musim Liga Perdana Inggeris (EPL) yang mengecewakan.

Selepas melakar keputusan seri 0-0 berdepan Everton Sabtu lalu, Arsenal kini ketinggalan enam mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool.

The Gunners yang dipimpin Arteta menempuhi musim yang berliku berbanding musim terdahulu, apabila hanya mengumpul 30 mata selepas 16 perlawanan.





Pada musim 2022/23, mereka mengungguli saingan liga dengan 43 mata, berbanding pada musim 2023/24 dimana mereka sekadar mempunyai 26 mata sekali gus memberikan mereka permulaan yang memberangsangkan buat Liverpool.

Arsenal menghampiri kejuaraan yang dimenangi Manchester City sejak dua musim lalu, tetapi harapan itu semakin pudar musim ini, dengan peminat mempersoalkan fokus Arteta terhadap trofi domestik.

Arteta percaya dengan memenangi trofi utama -kali terakhir melakukannya pada Piala FA 2019/20- akan memberi inspirasi baru kepada pasukan itu.

"Ia akan memberi keyakinan, kepercayaan dan tenaga positif," katanya pada hari Selasa lepas.

Menjelang pertembungan suku akhir Piala EFL pada hari Rabu ini menentang Crystal Palace di Stadium Emirates, awal pagi ini.