NAPOLI 1 UNION 1

Napoli masih perlu melalui ranjau untuk memastikan kemaraan ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara (UCL)} selepas Union Berlin menamatkan 12 kekalahan berturut-turut dengan memperoleh keputusan seri 1-1 di Stadium Diego Armando Maradona, awal pagi tadi.


Juara Serie A, Napoli, yang sedar kemenangan akan menyaksikan mereka hanya memerlukan satu mata daripada dua perlawanan terakhir untuk menjamin tempat peringkat 16 apabila mempunyai dua peluang untuk mendahului selepas 15 minit permainan.

Namun, pemain pinjaman daripada Chelsea, David Datro Fofana, membatalkan jaringan pendahuluan bintang Napoli, Matteo Politano, buat pelawat dari Jerman yang menghuni tangga tercorot Kumpulan C itu untuk memungut mata sulung mereka dalam kancah UCL musim ini.

"Kami membawa pulang mata berharga.



"Kami sedar perlu bekerja lebih keras tetapi pada hujung minggu ini, ada satu lagi perlawanan besar untuk kami harungi iaitu menentang Bayer Leverkusen dan kami perlu meneruskan rentak kemenangan ini,” kata pertahanan veteran, Leonardo Bonucci, kepada Sky Sport Italia.

“Kemenangan ini harus menjadi titik tolak buat kami.

"Pada mulanya kami berasa seperti mimpi ngeri selepas sekali lagi dibolosi awal pada hari ini gara-gara tidak bernasib baik tetapi rakan sepasukan memberi reaksi yang memberangsangkan sebaik perlawanan bersambung dan kami tahu bahawa kami boleh menghukum Napoli menerusi serangan balas.

"Pendekatan ini membolehkan kami menikmati ganjarannya.”