Muzaffar Musa
Thu Apr 22 2021
Erling Haaland akan kekal di Borussia Dortmund tanpa mengira kedudukan pasukan itu dalam Bundesliga musim ini, kata pengarah sukan, Michael Zorc.
Dortmund berisiko tidak layak ke Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan dan ia dikatakan mungkin menjadi penyebab Haaland berpindah ke pasukan lain.
Pemain berusia 20 tahun itu telah menjaringkan 51 gol dan menghasilkan 11 bantuan daripada 55 penampilannya dalam kesemua kejohanan sejak menyertai Dortmund daripada Salzburg pada Januari 2020.
Ketajamannya di depan gawang telah menarik minat kelab besar Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Manchester City, Manchester United dan Paris Saint-Germain (PSG).
Dia gagal menemui sasaran ketika pasukannya menewaskan Union Berlin 2-0 awal pagi tadi dengan Marco Reus memanfaatkan bola muntah susulan penalti yang diambil Haaland dalam babak pertama.
Dortmund kekal ketinggalan empat mata di belakang pasukan di tangga keempat, Eintractht Frankfurt, dengan hanya empat perlawanan berbaki musim ini tetapi Zorc yakin dapat mengekalkan Haaland biarpun mereka terlepas saingan UCL musim depan.
"Kami sudah menetapkan pendirian dengan jelas mengenai kes Haaland," kata Zorc kepada Sky Sport.
"Keputusannya tidak akan diputuskan tanpa Borussia Dortmund. Tidak kira di mana kami berakhir, Erling akan terus bermain bersama kami."
Raphael Guerreiro memastikan kemenangan Dortmund ke atas Union dengan gol pada lewat permainan tetapi kecederaan yang dialami Mat Hummels menyaksikan dia mungkin terlepas perlawanan menentang pasukan di tangga ketiga, Wolfsburg, hujung minggu ini.
UCL: Jadon Sancho watak penting bantu Borussia Dortmund tewaskan PSG
Pemain pinjam Manchester United, Jadon Sancho, mengeluarkan amaran akan kualiti yang dimilikinya apabila membantu Borussia Dortmund menewaskan Paris Saint-Germain 1-0 dalam perlawanan pertama separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL), awal pagi tadi.
Bundesliga: Sidang media Xabi Alonso dibatalkan angkara bunyi penggera
Xabi Alonso menyaksikan pasukannya, Bayer Leverkusen menjaringkan gol penyamaan lewat pada minit ke-97 di Borussia Dortmund untuk meneruskan rekod tanpa kalah mereka, namun terpaksa membatalkan sidang medianya kerana bunyi penggera.
Borussia Dortmund berminat kembali bergabung dengan Jadon Sancho
Diberitakan Dortmund dalam proses awal untuk mendapatkan Jadon Sancho secara pinjaman dari Manchester United di mana khidmatnya bakal digunakan hingga akhir musim ini dalam saingan Bundesliga
Jadon Sancho dilaporkan mahu kembali sertai Borussia Dortmund
Pemain sayap Manchester United, Jadon Sancho, dilaporkan mahukan peluang untuk kembali ke Borussia Dortmund Januari ini.
Bundesliga: Marcel Sabitzer sertai Borussia Dortmund daripada Bayern Munich
Borussia Dortmund sah menandatangani pemain tengah Austria, Marcel Sabitzer, daripada seteru Bundesliga, Bayern Munich.
Raphael Guerreiro sertai Bayern Munich secara percuma
Bayern Munich telah menandatangani bek kiri skuad kebangsaan Portugal, Raphael Guerreiro, secara percuma daripada Borussia Dortmund.
Bundesliga: Bayern Munich pintas Borussia Dortmund di tangga teratas
Bayern Munich mengatasi Hertha Berlin 2-0 dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz lewat malam tadi, sekali gus memintas Borussia Dortmund di tangga teratas.
Marco Reus setuju lanjutkan kontrak di Dortmund hingga musim depan
Marco Reus komited bersama Borussia Dortmund
Borussia Dortmund nafi hukum Jude Bellingham
Pengurus Borussia Dortmund, Edin Terzic, berkata keputusannya untuk mengetepikan Jude Bellingham ketika bertemu RB Leipzig tiada kaitan dengan kritikan terhadap Emre Can baru-baru ini.
Bundesliga: Tuchel mulakan era di Bayern dengan atasi Dotmund dalam Klassiker
Thomas Tuchel memulakan eranya bersama Bayern Munich dengan kemenangan 4-2 ke atas seteru tradisi, Borussia Dortmund, dalam perlawanan Bundesliga di Arena Allianz awal pagi tadi.
Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej: Ronaldo nets twice and passes up penalty in cup semi-final
Report: Al-Nassr 3-1 Al-Khaleej
Hayes concedes title race is over as Chelsea suffer dramatic Liverpool defeat
Emma Hayes: WSL title race is over
Sancho outshines Mbappe as Dortmund seize initiative against PSG
Sancho outshines Mbappe in BVB win
Borussia Dortmund 1-0 Paris Saint-Germain: Fullkrug hands hosts first-leg win
Report: Borussia Dortmund 1-0 PSG
Liverpool 4-3 Chelsea: Blues' title hopes suffer huge hit as Bonner decides seven-goal thriller
Report: Liverpool 4-3 Chelsea
'It's here to stay' – Postecoglou jokes he's moving to Sweden to escape VAR
Postecoglou seeking VAR-free life
Top seed Sinner withdraws from Madrid Open ahead of quarter-finals
Injured Sinner out of Madrid Open
IPL: Punjab Kings spinners frustrate CSK in routine win
IPL: Kings spinners frustrate CSK
Alcaraz sees Madrid Open reign ended by Rublev in last eight
Rublev ends Alcaraz reign in Madrid
Pochettino says Chelsea in 'most challenging period' ahead of Spurs reunion
Mauricio Pochettino's Chelsea take on his former club Tottenham on Thursday, with both teams needing points in the race for Europe.