Bekas pemain kebangsaan Jerman, Marco Reus, gagal mengecap sebarang kejayaan besar dalam dunia bola sepak sepanjang kariernya akibat sering dibelenggu kecederaan.

Namun pemain berusia 34 tahun itu bertekad untuk memenangi piala Liga Juara-juara Eropah (UCL), sebelum meninggalkan kelab itu pada masa terdekat.

Selepas 12 tahun bermain untuk Borussia Dortmund, ketua pasukan itu memasang impian untuk menewaskan juara Laliga, Real Madrid untuk menjulang trofi paling berprestij itu di Stadium Wembley, awal pagi Ahad ini.

Sepanjang bermain untuk The BVB, Reus telah menjaringkan sebanyak 170 gol dalam 428 penampilan menjadikannya salah seorang legenda pasukan itu.