Marco Reus memeterai kontrak lanjutan selama setahun dengan Borussia Dortmund malam tadi sambil kapten itu menyasarkan kejayaan Bundesliga.

Pemain berusia 33 tahun itu mahu memulakan musim depan dengan kejuaraan untuk dipertahankan selepas memilih untuk kekal hingga akhir kempen 2023-24.

Ia akan menjadi musim ke-12 Reus sebagai pemain pasukan utama Dortmund dan mungkin yang terakhir.

Reus -- yang dilahirkan di Dortmund -- muncul dalam barisan kelab itu sebelum menghabiskan enam musim di Rot Weiss Ahlen dan Borussia Monchengladbach tetapi sejak kembali ke BVB pada 2012, dia adalah antara watak penting.

Seperti yang dinyatakan oleh Dortmund ketika mengumumkan kontrak barunya, Reus dipisah 16 gol daripada rekod terbanyak kelab itu yang menjadi milik Adi Preissler, 177 jaringan.

Reus kemudian menghantar satu mesej kepada penyokong apabila berkata: "Sebagai sebuah pasukan, kami -- sama seperti semua peminat kami -- mempunyai matlamat besar di fikiran kami ketika ini dan tumpuan penuh kami terarah kepada: kami mahu menjadi juara Jerman dan untuk menjayakannya, kami perlukan setiap Borusse (peminat).



"Malah, lebih sekadar itu dan saya masih benar-benar mahu melakukan yang terbaik buat kelab yang telah saya habiskan lebih separuh hayat saya ini.





"Belum ada perasaan yang lebih baik berbanding dapat menjaringkan gol di hadapan peminat terbaik di dunia dan di stadium tercantik di dunia ini selain meraikan kemenangan bersama-sama.

"Itulah sebabnya saya gembira untuk menyambung kontrak selama setahun lagi kerana saya sering mengatakan bahawa tiada kelab lain yang saya lebih gemari selain BVB sepanjang karier saya ini."