Pengendali Liverpool, Arne Slot, mengakui sukar untuk menilai ketika ini sama ada Ibrahima Konate dan Conor Bradley akan cergas atau tidak menjelang pertembungan dengan Manchester City pada Isnin ini.

Selepas kemenangan menakjubkan ke atas Real Madrid di Anfield pagi tadi, The Reds dengan pantas boleh mengalihkan tumpuan apabila bakal terima kunjungan Man City dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).


Tetapi terdapat dua kebimbangan menjelang pertembungan itu, dengan Bradley menarik diri kerana kecederaan hamstring dan Konate yang memerlukan rawatan selepas wisel penamat.

Bercakap selepas kemenangan 2-0, Slot memberi turut nyatakan mengenai kecergasan bek tengah dan bek kanannya.


“Tidak, belum lagi, saya tahu mereka mengalami kesakitan tetapi sukar untuk menilai begitu dekat selepas perlawanan."

“Inilah yang berlaku pada musim ini. Ini berlaku."

“Saya sangat berharap kedua-dua mereka boleh beraksi tetapi jika tidak, pemain lain perlu bersedia dan setakat ini semua pemain telah pamer peningkatan setakat ini, kata Slot.”


Trent Alexander-Arnold yang baru pulih serta Joe Gomez atau Jarell Quansah bakal mengisi posisi tersebut, sementara Alisson Becker, Federico Chiesa, Diogo Jota dan Kostas Tsimikas masih dalam proses pemulihan.