Aleqha Zainal
Fri Nov 22 2024
Pemain Liverpool, Cody Gakpo, menyatakan rasa bangganya melihat rakan senegaranya, Ryan Gravenberch, mempamerkan kebolehannya ‘kepada seluruh dunia’ selepas melalui permulaan cemerlang dalam musim Liga Perdana Inggeris (EPL)
Walaupun kedua-dua pemain Belanda itu hanya menjadi rakan sepasukan di Liverpool pada penghujung musim panas 2023, Gakpo sudah lama mengenali bakat Gravenberch daripada pengalaman mereka masing-masing di Liga Eredivisie bersama PSV Eindhoven dan Ajax.
Kini memasuki musim keduanya di Anfield, Ryan Gravenberch menerima pujian meluas atas prestasinya dengan peranan baru sebagai pemain tengah di bawah kendalian ketua jurulatih baharu, Arne Slot, walaupun sebelum ini dia lebih banyak digunakan sebagai pemain gantian di bawah kendalian Jurgen Klopp.
Tambahan, Gravenberch merupakan satu-satunya pemain tengah dalam lima liga utama Eropah yang berjaya mencatatkan melebihi 30 bentesan (30) dan 30 pintasan (33) dalam semua pertandingan musim ini.
Malah, Gakpo turut yakin dengan rakan sepasukannya dari Belanda itu mampu terus berkembang bermula dengan perlawanan menentang Southampton, Ahad ini.
“Kami sudah mengenali Ryan sejak dia bermain di Eredivisie bersama Ajax, dan saya rasa semua orang sudah tahu betapa bagusnya dia,” katanya dalam wawancara bersama Men in Blazers.
“Selepas itu, dia berpindah ke Bayern Munich dan mungkin dia tidak banyak bermain di sana, tetapi semua orang Belanda tetap tahu potensi besar yang dimilikinya apabila dia diberikan peluang turun beraksi.
“Saya rasa pengurus Belanda juga menyedari hal ini. Pada awal musim, dia menempatkan Ryan dalam posisi yang sedikit berbeza, tetapi dia memberikan keyakinan kepada Ryan untuk bermain.
“Ryan menunjukkan kualitinya dalam posisi itu dengan merebut peluang yang diberikan, dan ternyata ia menjadi padanan yang baik. Malah, dia bermain dengan cemerlang untuk kami musim ini.
“Saya sangat gembira kerana kini kita dapat melihat dia seperti yang kami lihat, tetapi kali ini dia dapat menunjukkannya kepada seluruh dunia. Saya sangat bangga dengannya.” tambahnya.
EPL: Arne Slot bangga Darwin Nunez selamatkan maruah Liverpool
Ketua jurulatih Liverpool, Arne Slot, memuji ketangkasan pemain Uruguay, Darwin Nunez, yang menjadi wira menjaringkan gol pada minit akhir buat pasukannya meraih kemenangan dramatik 2-0 dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL), semalam.
Nasihat Neville kepada Liverpool tentang Nunez
Juara lapan kali Liga Perdana Inggeris (EPL), Gary Neville, melabel penjualan penyerang, Darwin Nunez, boleh merencatkan momentum Liverpool.
Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp anjur parti jika gelaran EPL Man City ditarik semula
Bekas jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp, bakal menganjurkan pesta di Mallorca, Sepanyol jika gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) Manchester City ditarik berikutan siasatan terhadap 115 pertuduhan mereka.
EPL: 'Jabatan Perhutanan' hampir buat Liverpool menangis lagi
Liverpool hampir ditewaskan sekali lagi oleh Nottingham Forest dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di City Ground, sebentar tadi.
Piala EFL: Arne Slot yakin 99.9% pengadil menyesal tidak beri Lucas Bergvall kad merah
Arne Slot berang keputusan pengadil, Stuart Attwell yang tidak melayangkan kad kuning kedua kepada Lucas Bergvall beberapa saat sebelum dia menjaringkan gol tunggal perlawanan separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris (EFL).
Piala EFL: Kapten Liverpool tak puas hati dengan 'budak 18 tahun' Tottenham Hotspur
Kapten Liverpool, meluahkan rungutannya terhadap pemain muda Tottenham Hotspur, Lucas Bergvall, yang tidak dibuang padang sebelum menjaringan gol kemenangan pada minit akhir untuk menewaskan The Reds 0-1 dalam saingan separuh akhir pertama Piala EFL, awal pagi tadi.
Piala EFL: Selepas seri berdepan Manchester United, Liverpool dimalukan Tottenham
Lucas Bergvall muncul wira Tottenham Hotspurs selepas jaringan lewatnya memacu pasukannya membawa bekalan tipis selepas menewaskan Liverpool 1-0 saingan Piala EFL di laman sendiri, awal pagi tadi.
EPL: Liverpool perlu segera sambar Milos Kerkez dari Bournemouth
Liverpool dalam radar pasaran untuk bek kiri baru dan Bournemouth mungkin telah membuka pintu untuk memburu Milos Kerkez selepas mereka melengkapkan pembelian Julio Soler.
Elon Musk berminat beli Liverpool
Elon Musk dikhabarkan berminat untuk membeli pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool, menurut penjelasan yang dimaklumkan oleh bapa jutawan itu, Errol Musk.
EPL: Ini lapan pemain bakal 'angkat kaki' dari Liverpool
Liverpool akan membenarkan beberapa pemain yang kerap memanaskan bangku simpanan untuk jendela perpindahan Januari, dengan kelab dijangka memberi lebih banyak pinjaman khususnya.
Masood defends spin-friendly pitch after Pakistan wrap up shortest home win
Masood defends Pakistan conditions
Nottingham Forest 3-2 Southampton: Hosts dig deep to move level with Arsenal
Report: Forest 3-2 Southampton
Manchester United 1-3 Brighton: Mitoma and Minteh star in away win
Report: Man Utd 1-3 Brighton
Everton 3-2 Tottenham: Calvert-Lewin ends drought as Moyes oversees first win of second spell
Report: Everton 3-2 Tottenham
Smith a doubt for Sri Lanka series with elbow injury
Smith is a doubt for Sri Lanka
Barcelona dealt blow as Olmo sidelined with calf injury
Olmo out with calf injury
Leverkusen's Terrier out for the season after rupturing Achilles
Terrier suffers Achilles injury
Leeds 3-0 Sheffield Wednesday: Farke's side return to Championship summit after Yorkshire derby win
Report: Leeds 3-0 Sheff Weds
Australian Open: Djokovic expects 'big battle' against Nadal-like Alcaraz
Alcaraz reminds Djokovic of Nadal
Guardiola would not 'forgive himself' if he left struggling Man City
Pep wouldn't 'forgive' leaving City